Kuala Lumpur – 29 Oktober 2014 – MasterCard hari ini menandatangani perjanjian dengan CrescentRating, pakar portal pelancongan Islam untuk bersama-sama mengendalikan Indeks Pelancongan Islam Sedunia atau dikenalikan ebagai ‘MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index’ (GMTI). Perjanjian tersebut dimeterai semasa Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 di Dubai.
Sejak empat tahun yang lepas, CrescentRating mengeluarkan penarafan tahunankesesuaian destinasi pelancongan Islam. Menerusi perjanjian ini, penarafan tersebut akan dipertingkatkan ketahap sedunia. Ini merupakan kemudahan bukan sahaja untuk pelancong pelancong Islam, tetapi juga membantu industri pelancongan dan pelabur memahami potensi setiap destinasi pelaoncgan. Indeks ini akan dilancarkan pada Januari 2015 dan akan dikemaskinikan setiap suku tahunan.
“Kami amat teruja dengan potensi perkembangam pelancongan Islam yang semakin meningkat. Secara khususnya, industri pelancongan kini menjadi komponen penting pembangunan bandar-bandar destinasi utama seluruh dunia, kerana manfaat ekonomi dan sosial. Bersama dengan CrescentRating, kami ingin memenuhi keperluan khusus pelancongan Islam,” kata Safdar Khan, ‘Cluster Head, Malaysia, Brunei & Indonesia; Group Head, Islamic Payments, Southeast Asia, MasterCard.’
“Kami ingin meningkatkan penarafan tahunan kami ketahap antarabangsa. Bersama dengan MasterCard, kami akan mempertingkatkan GMTI sebagai indeks terkemuka sambil menjejak perkembangan pelancongan Islam. Ini merupakan satu lagi wawasan CrescentRating untuk membantu semua pihak industri pelancongan mendapat manfaat melalui maklumat terperinci pelancongan Islam,” kata Fazal Bahardeen, Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan HalalTrip.
MasterCard bersama dengan CrescentRating akan menyediakan pelbagai penarafan berhubungan dengan pelancongan Islam termasuk destinasi destinasi percutian, destinasi membeli-belah serta destinasi kepulauan bersesuaian untuk pelancong Islam. Selain dari Indeks Pelancongan Islam ini, MasterCard melalui laporan penarafan berkaitan dengan pelancongan yang lain, bertujuan meningkatkan lagi pengetahuan mengenai sektor ini.
“Menurut Indeks Destinasi Bandar-Bandar Utama Antarabangsa yang terkini, bandar bandar destinasi utama di Timur Tengah dan Asia adalah antara 10 destinasi yang paling pesat berkembang dari segi kemudahan perhubungan dari destinasi ke destinasi. Ini bermakna lebih ketibaan pelancong dan perbelanjaan yang semakin meningkat,” Safdar Khan mengulas mengenai perkembangan ini.
Bagi kedua dua pihak, kerjasama ini merupakan sokongan aktif menjejak gaya hidul pelancong pleancong Islam yang semakin berkembang.
Menurut CrescentRating, perbelanjaan pelancong pelancong Islam dijangka sebanyak dolar AS 140 juta pada 2014. Jumlah ini diunjurkan meningkat sebanyak 42% kepada dolar AS 200 juta menjelang tahun 2020.
-Tamat -
Mengenai MasterCard
MasterCard (NYSE: MA), www.mastercard.com adalah sebuah syarikat teknologi dalam industri pembayaran antarabangsa. Kami mengendalikan jaringan pemprosesan pembayaran terpantas di dunia serta menghubungkan pengguna-pengguna, institusi-institusi kewangan, kerajaan dan sektor perniagaan di lebih 210 negara-negara dan wilayah. Produk-produk MasterCard membolehkan urusan jual beli seharian seperti membeli-belah, pelancongan, pengurusan perniagaan dan kewangan lebih mudah, selamat dan cekap untuk semua. Ikuti kami di Twitter @MasterCardAP dan @MasterCardNews, sertai perbincangan di Cashless Pioneers Blog dan langgani berita terkini di Engagement Bureau.
Mengenai Crescentrating Pte Ltd
Crescentrating Pte Ltd, sebuah syarikat berpangkalan di Singapura, adalah perintis danpakar terkemuka dunia dalam bidang penarafan Pelancongan Islam. Wawasannya adalah untuk memberi keselesaan kepada pelancong Islam serta manfaat untuk pembangunan industri pelancongan. Crescentrating.com, HalalTrip.com dan aplikasi mudah alih Crescent Trips menyediakan portfolio yang lengkap untuk menjamin pengalaman pelancongan Islam yang selesa tanpa sebarang kerenah, untuk riadah mahupun perniagaan.