Restoran halal di Hotel Marina Mandarin
by Rosebi Mohd Sah (Cyberita Online)
MASYARAKAT Islam di Singapura kini mempunyai satu lagi pilihan untuk menikmati makanan halal dalam sekitaran hotel lima bintang.
Ini kerana Hotel Marina Mandarin, hotel di tengah-tengah kawasan Marina Bay, kini menyediakan hidangan 100 peratus halal di restorannya, AquaMarine.
Baru-baru ini, hotel itu menerima sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi semua stesen yang menyediakan makanan termasuk dapur utama restorannya itu.
Sijil halal ini membolehkan hotel itu meraih taraf lima mata daripada syarikat penilaian dalam talian bagi mesra halal, Crescentrating.
Read More at www.cyberita.asia1.com.sg.